Salam Sejahtera,
Jumpa lagi, sembang lagi.... tajuk di atas bukan untuk memancing, tapi itulah hakikatnya. Menulis skrip satu kerja seni. Itu jugak kenyataannya. Cuma menjadi penulis skrip, kita harus ada kemahiran membohong. Kalau kita gagal menjadikan diri kita 'membohong', baik lupakan saja untuk menjadi penulis skrip. Ops! jangan melatah dulu, baca lagi...
Kenapa Membohong? Kenapa ya... kerana menulis skrip memang kerja membohong. Itulah jawapannya. masih tak puas hati? Orait... Membohong kerana benda yang tiada kita ada-adakan. Kita reka benda yang tidak nyata supaya jadi nyata. Itu kan membohong namanya?
Kenapa pula perlu seni membohong? Masih tak nampak, tak apa, kita teruskan... Ia menjadi kerja seni, iaitu seni membohong, kerana kita perlu membohong ke peringkat paling halus, ke tahap supaya apa yang kita bohongi itu dipercayai... diyakini kewujudannya. Maknanya, benda tiada yang kita adakan itu, harusnya tidak boleh dipertikaikan lagi nyatanya. Memang betul-betul diyakini wujudnya. Jadi untuk itu, hanya mereka yang memiliki bakat seni maha bagus saja yang mampu membuatkan orang percaya benda yang tidak ada itu ada, babak yang tidak wujud itu wujud.
Masih mahu menjadi penulis skrip? Kalau begitu, kuasailah kemahiran membohong. Kaji, teliti, belajar cara-cara nak membohong. Cuma jangan anda jadi pembohong sudahlah, kerana tidak ada siapa yang suka kepada pembohong!
takat ni la dulu.
Wassalam, Adiosa!
Jamil Mutalib
http://skrapskrip.blogspot.com
No comments:
Post a Comment