Jumpa lagi, berborak lagi...
Nayie ada post kat cbox:
12 Dec 09, 06:36 PM
nayie: camana nak pecahkan block dlm kepala waktu berkarya?.Kalau nak ikut istilah ilmuan dalam bidang penulisan, rasanya apa yang Nayie maksudkan tu ialah Writer's Block. Benda ni memanmg musuh utama penulis, dan yang lebih bahayanya ia sering dijadikan alasan untuk tidak menulis.... Maksudnya ia mungkin betul-betul wujud dengan bersebab untuk menghalang, dan keduanya ia hanya dijadikan alasan bila malas nak tulis. Ia menjadi satu 'senjata' ampuh untuk mempertahankan kekurangan-kekurangan diri dalam penyelidikan, imaginasi, fokus dan keyakinan - konfiden.
Tapi betul ka ada Writer's Block ni? Saya lebih suka menamakannya sebagai 'empangan', dalam bahasa Melayunya. Jadi saya tak akan gunakan istilah oghang putih, saya guna istilah Melayu.
Empangan memang berlaku dan ia pasti mengecewakan sang penulis. Kita bangun pagi, mandi, solat dan sarapan, atau terus saja menghadap komputer. Terkebil-kebil menghadap skrin, tapi tak ada benda yang nak keluar, kita perah, tapi masih blank. Lalu kita bangun, merayau dalam rumah, ke dapur, tengok TV kononnya cari idea. Selepas penat, kita masih tak dapat juga idea, lalu kita kata "celaka, writer's block."
Betul ke kerana ada empangan dalam kepala kita? Jawapannya ialah mengarut, tak ada empangan, kebenarannya ialah kita tak mau nak menulis. Saya amat bersetuju dengan Sultan Mahmud yang kata, El Mariaci kata, "nak tulis skrip, tulis saja".
Kenapa mengarut? Kerana kalau kita betul-betul nak menulis, kita akan berupaya mengatasi masalah ini. Maknanya, kita yang mencipta empangan ini. Ia bukan satu penyakit khusus untuk penulis. Sebenarnya empangan atau writer's block ni adalah 'malas'. Memetik kata-kata Sasterawan Negara A. Samad Said, "musuh paling utama seorang penulis ialah MALAS." Jadi malas itulah empangan.
Bagaimana nak atasinya? Langkah pertama ialah kenalpasti apa yang menyebabkan empangan atau malas itu. Buat yang ini dulu. Pasti ada macam-macam sebab kenapa malas ni wujud.
Ambil contoh, kita menulis cerita atau scene berlatarkan Langkawi, sedangkan kita tak pernah ke sana. Pasti empangan akan wujud kerana kita tak tahu apa yang nak kita tulis, nak kita bayangkan. Memang kita akan blank! Wajib kita tak akan dapat keluarkan apa-apa pun, sebab kita tak tau kat mana nak mulakannya. Jadi nak buat macam mana? Buat research la, apa lagi. Carilah apa saja maklumat yang boleh tentang Langkawi. Search kat internet, tanya orang, baca buku-majalah atau apa saja, asalkan kita dapat maklumat. Lepas tu, Insyaallah blank akan digantikan dengan yang cerah bercahaya.
Satu lagi, ada penulis yang tiba-tiba saja jerit "Aku Stuck!". Apa sebab terlekat(?) - stuck? Ia akan bertandang bila kita kurang imaginasi. Kita perlukan satu 'jump start' untuk menggalakkan imaginasi kita mengalir lancar.
Macam mana nak buat? Jawapannya: IQRA - Bacalah! Apa yang nak dibaca? Baca tulisan yang ditulis oleh penulis yang pernah menjadi inspirasi kepada kita, baca karya kawan yang kita rasakan bagus. Jika masih lagi 'terlekat', bawak-bawaklah bersembang. Ikut sertalah dalam mana-mana kumpulan penulis yang sewaktu dengan kita. Masuk ke blog-blog penulisan dan sertailah bengkel atau apa-apa aktiviti berkaitan penulisan. Dalam pada tu, tulis, jangan berhenti menulis! Keluarkan saja apa yang terlintas, baik yang kita suka atau tak suka, elok ka tak elok. Tulis saja. Kita kan penulis, jadi tulis saja la.
Rahsianya yang utama kalau kita 'terlekat' pada satu situasi yang tak boleh kita pecahkan, cuba tanya, "apa kata kalau...". Letakkan watak kita dalam situasi yang lain daripada yang kita fikirkan. Ubah. Jangan terlalu rigid dengan idea asal. Fahamlah bahawa bila anda 'terlekat' maknanya sudah tiba masa anda kena cari jalan lain, jalan keluar. Ibarat kalau dah sesat, cari jalan lain, lihat apa-apa saja panduan-panduan yang ada di sekeliling. Paling mudah, kalau sesat jalan, tanyalah orang.
Masalah empangan yang paling besar ialah KURANG FOKUS, lemah daya tumpuan. Ini memang akan mengheret anda ke lembah yang dalam, yang payah nak naik semula kalau dah terheret ke sana. Untuk kekal fokus, kita wajib tahu dari mana kita nak bermula, arah mana kita nak hala, tempat mana kita nak tuju. Kekalkan trek kita, tapi kalau tersasar sikit-sikit tak apa, asalkan ia masih akan menuju ke tempat yang nak kita pergi. Yang penting kita ada peta - kerangka umum tentang apa yang kita nak tulis. Pastikan kita kekal pada matlamat kita. Apa-apapun jangan lari dari matlamat, kalau tersasar, habislah kita, pasti terheret ke lembah.
Macam mana nak tahu matlamat tersasar ke tidak, dan macam mana nak buat supaya kita tetap kekal?
Saya berikan contah saya sajalah, senang sikit. Saya telah diberikan tugasan menyiapkan satu cerita komedi-aksi. Langkah mula saya buat ialah saya tulis matlamat saya atas sekeping post-it note "Sebuah Cerita Action Comedy!" dan tampal kat tempat yang senang saya nampak. Ia akan mengingatkan matlamat atau goal saya menulis. Cubalah, mungkin ia sesuai untuk anda.
Yang akhir, satu sebab berlaku empangan ialah kurang keyakinan - konfiden. Ini selalu berlaku kepada orang baru. Tak yakin format betul ka tidak, tak yakin scene menarik ke tidak, tak yakin dialog umph! ke tidak. macam-macam lagilah hingga langsung tak menulis.
So, macam mana nak atasi? Tulis saja apa yang terpacul, bukan masanya untuk menilai tulisan anda pada draf pertama. Umpama cari pasangan hidup, pertama jangan fikir kita ni kacak ke tidak, lawa ke tidak, approach saja, mengorat saja atau masuk meminang saja, tapi kena la jaga penampilan. Lepas dah tulis draf pertama, baca balik, kenalpasti kekurangan. Kemudian mulakan tulis draf kedua, dan draf-draf seterusnya sampai draf akhir. Paling penting, khususnya untuk orang baru, gabunglah bersama-sama kumpulan atau individu yang sama waktu dengan anda. Anda akan dapat ramai kawan kalau rajin merayap kat internet ni.
Okay, habis! Lain kali kalau tiba-tiba anda rasa nak kata "aku kena writer's block la", cepat-cepat ingat bahawa ia tak wujud sebenarnya, ia bukan penyakit wajib kepada penulis.
Tulis saja, ia mungkin bukan yang terbaik pada masa itu, tapi paling kurang anda dah berjaya deny 'benda mengarut' tu daripada wujud dalam hidup anda. Percayalah, tak akan ada apa-apa lagi yang dapat menghalang anda, selepas anda berjaya kenalpasti dan mengatasi puncanya.
takat ni la dulu.
Wassalam, Adiosa!
Jamil Mutalib
htttp://skarpskrip.blogspot.com
Wow. . . . . .
ReplyDelete