Bengkel Intensif Penulisan Skrip TV Yang Boleh Dijual

Monday, May 31, 2010

GABUNGAN BEBAS PENULIS SKRIP MALAYSIA

Salam Sejahtera,
Berjumpa lagi, berkongsi lagi....

Memang susah lama tidak ada catatan di sini. Sibuk yang entah apa-apa barangkali menjadi puncanya. Perjumpaan kedua Gabungan Bebas Penulis Skrip Malaysia (GABUNGAN) yang diadakan pada 29 Mei, jam 3 petang di Rumah Pena baru-baru ini mengujakan saya untuk mencatatkan sesuatu di sini.

Pada perjumpaan pertama pada 21 Februari di Wisma Bernama, seramai lebih 30 orang menghadirinya. Pada perjumpaan kedua ini pula separuh daripada bilangan awal yang dapat hadir. Bilangan bukan menjadi kayu ukurnya, tapi komitmen yang menjadi asas gabungan ini. Walaupun baru berjalan, Gabungan teah berjaya melakarkan sejarah apabila saudara Zabidi Mohamed yang telah diamanahkan pada perjumpaan pertama untuk merangka 'draf perjanjian Penulisan Skrip' berjaya membentangkannya.

Selain itu, beliau juga turut berjaya menurunkan cadangan tindakan yang harus diambil oleh Gabungan untuk menginstitusikan kerjaya Penulis Skrip, iaitu tindakan-tindakan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

Satu lagi kata sepakat yang telah terhasil ialah komitment untuk mengadakan Gathering Santai sesama rakan penulis pada setiap bulan. Insyaallah, jika tidak ada aral yang melintang dan jika diizinkan, kita merancang untuk mengadakannnya sama ada di Port Dickson atau di Ulu Bendul, N9. Jika menjadi kenyataan, ia para peserta akan bermalam di sana nanti. Jadi banyaklah program yang boleh diatur.

Harus diingat, gerakan ini bukanlah GAS, sebagaimana kata Zabidi, bukan gerakan anti Swam. Tidak! Ia adalah gabungan bebas penulis-peulis skrip. Kita mengwujudkan gerakan ini kerana bukan semua menjadi ahli swam, bukan semua menjadi ahli karyawan dan masih ramai yang 'bebas' di luar sana. Jadi kita ingin mengumpulkan kesemua penulis-pnulis skrip di bawah satu gerabak, tanpa mengira latar mereka.

Satu lagi idea yang rasanya wajar disegerakan ialah mengadakan Rumah Gabungan, ala-ala rumah kelab, iaitu tempat di mana penulis-penulis skrip boleh berkumpul, bekerja, bertukar pendapat fikiran pandangan. Dan ini juga sedang diusahakan.

Jumpa lagi kelak!


Adios, Wassalam!

jamil mutalib