Jumpa lagi. Kali ni aku nak kisahkan tentang format menulis skrip ikut piawaian industri.
Apakah format yang betul? Betulkah ada format yang betul? Salah satu alasan blog ini wujud adalah untuk mengajak sang penulis 'to creating scripts in the "right" format. Tapi jangan keliru, kerana tidak ada 'the correct format', tapi harus diingat pula bahawa kita semua haruslah menulis dengan 'a proper format'.
So, jangan risau pasal ini. Tapi kenalah waspada, kalau margin skrip kita 1', memang la kita tak ikut 'proper format', kerana margin semacam tu memang tak betul. Ia tak betul kerana ia dah terkeluar daripada ukuran yang piawai industri persetujui. Kalau kita buat juga, maka keseluruhan skrip kita akan jadi lintang-pukang , terutamanya jumlah halaman. Jadi jangan cuba nak 'curi ayam' dengan mengubah margin skrip supaya skrip kita nampak panjang atau pendek muka suratnya, sedangkan ia sebenarnya tak cukup panjang atau dah terlalu panjang.
Kenapa ada kelonggaran? Dan tidak ada ke ketetapan tertentu dalam formating? Sebab ada kelonggaran kerana menulis skrip bukan Al-Quran. Sebenarnya ada pihak yang mewajibkan penulis skrip mengikut format tertentu jika kita ndak hantar skrip kepada mereka. Biasanya ia berlaku dalam sesuatu projek khusus, terutamanya yang dibuat oleh stesen tivi. Tapi jangan risau, kita akan sentuh bab ini kemudian.
Seperti dalam dialog dalam salah sebuah filem P.Ramlee, "undang-undang kita yang buat", maka piawai ini juga tetap boleh dilanggar bila perlu. Ia bukanlah sebagaimana hukum yang termaktub dalam Al-Quran. Tapi percayalah, jika kita menulis mengikut format yang 'proper', kita tak akan pening kepala. TAPI jika kita ada alasan yang maha kuat untuk tidak mengikut piawai industri, jika dengan tidak mengikut proper format menjadikan cerita kita maha bagus... hentam saja la. NAMUN jangan la pulak sengaja tak mau ikut proper format semata-mata kerana nak bagi tau dunia yang cerita kita maha unik, jadi kenalah guna format yang unik jugak. Ingatlah, cerita-cerita hebat yang pernah diterbitkan selama ini, yang pernah mendapat sambutan 'pecah panggung' di pawagam, semuanya ditulis menggunakan proper format, bukannya mengikut cita rasa penulis skripnya sendiri.
Satu lagi yang kena INGAT, sebuah produksi, baik filem atau drama TV, bukanlah kerja penulis skrip seorang saja, kerana skrip kita akan digunakan oleh ramai orang dari pelbagai jabatan, yang tentunya lebih faham, akur dan bekerja mengikut piawaian industri. So, jangan bagi depa pening kepala.
Takat ni la dulu.
Adios, Wassalam.
My BLOG: Sang Penulis, Skrap & Skrip
No comments:
Post a Comment