Bengkel Intensif Penulisan Skrip TV Yang Boleh Dijual

Friday, December 4, 2009

Rahsia Skrip: Gambarkan, Bukan Ceritakan.....

Salam Sejahtera,
Jumpa lagi dan bersembang lagi. Ramai orang yang mahu menulis skrip kerana semua orang ada idea dan cerita. Tapi bukan semua orang tahu rahsia menulis skrip. Sebenarnya banyak rahsia menulis skrip ni. Salah satu rahsianya yang paling besar ialah sang penulis harus tahu rahsia 'wajah skrip'.

Apa tu 'wajah skrip'? Wajah skrip tu macam wajah kita la juga. Macam mana kita lihat muka kita, macam tu la jugak kita tengok muka skrip. Ia ada karakternya. So, macam mana 'wajah skrip ni? cerita la, dok wajah-wajah, tapi tak cerita-cerita jugak.

Okay, okay... ni aku nak cerita.

Wajah skrip ni sebenarnya macam mana kita tulis idea kita. Sesebuah skrip perlu menggambarkan, dan bukannya memberitahukan. Inilah rahsia yang harus diamalkan, jika ndak jadi penulis skrip yang berjaya,kalau nak berjaya sebagai penulis skrip. Ini bukan soal format, tapi caragaya.

Hah? caragaya tu apa pulak? Caragaya tu lebih kurang stail la kot. Jangan la banyak nak nyampuk, dengar aku cerita sampai habis dulu.

Orait, sebagai penulis skrip, matlamat kita ialah nak ceritakan apa yang ada dalam batu jemala kita. Skrip adalah satu rentetan gambar-gambar, bukan helaian-helaian buku, tapi ia tetap harus dibaca sebagaimana membaca sebuah buku. Jadi menjadi tanggungjawab penulis untuk menulis gambar-gambar itu dalam susunan ayat-ayatnya. Skrip tak boleh bagi orang yang membacanya sekadar membaca baris-baris ayat, tetapi mereka dapat 'melihat' apa yang kita tulis, apa yang mereka baca. Paham tak? Maksudnya kita kenalah tulis supaya orang yang baca skrip kita tu rasa macam tengok wayang, bukan macam tengok slide show saja.

Jadi macam mana nak buat?

Nak buat lagu mana? Caranya macam mana nak buat ialah dengan 'menunjukkan, bukan memberitahu'. Okay apa maksudnya? 'Memberitahu' lazimnya merujuk kepada penjelasan tentang apa yang telah berlaku supaya orang yang membaca dapat membayangkan apa yang dah berlaku tu. 'Menunjukkan' pula ialah orang membaca berada dalam situasi 'melihat' apa yang sedang berlaku. Maknanya memberitahu adalah PAST, menunjukkan ialah PRESENT. Jadi skrip wajib present dan bukannya past.

Kuncinya, bila baca skrip kita akan nampak, bukannya kita terpaksa membayangkan.

Satu lagi maksud 'menunjuk bukan memberitahu' ialah jika watak menyatakan perasaannya, misalnya 'aku sayang padamu', penuli
s skrip lebih molek kalau dapat menunjukkan aksi watak meluahkan perasaannya itu, berbanding menuturkan dialognya.

Cuba lihat aksi ini,

Hamidi mencium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Kemudian diberikannya sekuntum ros merah kepada isterinya itu.

tentulah adalah lebih elok, lebih molek daripada watak melafazkan dialog kepada isterinya,

HAMIDI
Aku sangat sayang padamu, Limah.

Bukankah sekeping gambar itu menceritakan 1,000 kata-kata, dan serentetan gambar (moving picture) tentulah lebih hebat daripada kata-kata dan maknanya.

Okay, takat ni dulu.

Adios, selamat menulis,

http://skrapskrip.blogspot.com

1 comment: