Jumpa lagi, bersembang lagi. Kali ni kita sembang pasal jom tulis skrip.
Penulisan skrip adalah satu kerja seni, dan mencipta satu hasil seni bukanlah satu yang mudah. Dan sememangnya tidak ada yang mudah di muka bumi ini, kecuali kita tahu dan mahir tentang sesuatu itu. Setiap kali kita menonton drama TV, filem, yang hebat-hebat, ingatlah bahawa di sebaliknya ada seorang pengkarya yang gigih, seorang penulis skrip.
Dengan munculnya pelbagai medium perhubungan, dengan adanya banyak channel serta juga internet, maka penulisan skrip sekarang ni dah jadi satu kerjaya yang amat bagus untuk diterjuni. Sebuah telemovie boleh dibayar antara RM4,000 - RM6,000. Drama bersiri antara RM800 - RM1,500. Skrip Filem boleh mencecah hingga RM25,000. Bukankah itu satu yang lumayan. Dan pasti angka tu tak terhenti di situ sahaja!
Memang penulisan skrip bukan mudah, bukan senang, tapi ia akan jadi semudah memetik 'kacang' kalau kita tahu rahsianya. Akan jadi senang kalau kita mampu, berjaya menulis mengikut kaedah yang betul. Tapi macam mana nak tahu rahsianya? 'Lagu' mana nak ikut kaedah yang betul?
Jangan dok risau. Untuk itu, blog Sang Penulis, Skrap & Skrip ni dah rancang untuk dedahkan rahsia dan kaedah yang betul tu. Cadangannya ialah untuk memberikan panduan dan informasi dalam kerangka macam mana nak start menukil skrip, format yang proper, membangunkan watak, macam mana nak jual skrip dan banyak lagilah. Jadi, kalau ada kelapangan datang la jenguk kat sini.
Anda mungkin dah ada idea, cuma anda perlukan bantuan untuk realisasikannya saja. Yang penting, skrip anda terhasil, lagi bagus terjual. Kiranya tu, boleh la anggap ini sebagai sebagai asas penulisan skrip.
Apa yang akan didedahkan, kita akan sentuh tentang elemen-elemen penulisan skrip, bagaimana nak kembangkan idea, macam mana nak strukturkan skrip, format ikut piawaian industri, memperinci watak dan paling penting macam mana nak jual.
Kalau ada kesempatan, sebagai kejutan, kita akan cuba buat interview dengan penulis-penulis yang dah ada 'nama', cari dan bagi e-book pasal penulisan skrip, buat perjumpaan atau bengkel. Yang penting sentiasa 'stay tuned!".
Saya percaya semua orang ada cerita untuk diceritakan. Jadi inilah masanya jadikan ia sebuah SKRIP, tak kira la untuk TV atau Panggung!
Takat ni la dulu.
Adios, Wassalam!
jamil mutalib
No comments:
Post a Comment