Bengkel Intensif Penulisan Skrip TV Yang Boleh Dijual

Tuesday, December 22, 2009

PITCHING.....

Salam Sejahtera,
Jumpa lagi, berkongsi lagi...

Maaf sebab dah lama tak 'post' sesuatu. Ada sibuk sikit, shooting program TV untuk RTM... so, saya sebenarnya ada sesuatu yang nak dituliskan, tentang epnulisan skrip, tapi agak panjang, jadi saya nak kongsi sesuatu dengan rakan-rakan... harap ia dapat membantu sedikit sebanyak... Ini adalah satu 'quote' yang menjadi pegangan saya selama ini. Mungkin ia sesuai untuk kalian...


"All in all, pitching is a very personal thing. Whenever I send out a letter I remember Maya Angelou's quote about people forgetting what you say and do, but remembering how you make them feel. The goal is to make the readers feel good about themselves (oddly enough). If this is script that reinforces their past work and efforts or speaks to a deeply felt belief or goal, and your query sheds light on that fact they will want to read the script. That is why it becomes important to know who you are pitching to and why."

Okay, takat inilah dulu...

Waassalam... Adiossa!!

Jamil Mutalib
http://bengkelsenilayar.webs.com

Sunday, December 13, 2009

Salam Sejahtera,
berjumpa lagi, merenung lagi...

Hari ini aku hanya nak kongsi sesuatu yang boleh dijadikan inspirasi untuk memecahkan 'empangan'. Khusus buat Nayie... dan juga yang lain yang rasa ingin berubah angin menjaring ilham...



Takat ni la dulu,

Wassalam, Adiosa!

Jamil Mutalib
http://skrapskrip.blogspot.com

Saturday, December 12, 2009

Writer's Block Tu Mengarut Saja Sebenarnya!

Salam sejahtera,
Jumpa lagi, berborak lagi...

Nayie ada post kat cbox:

12 Dec 09, 06:36 PM
nayie: camana nak pecahkan block dlm kepala waktu berkarya?.

Kalau nak ikut istilah ilmuan dalam bidang penulisan, rasanya apa yang Nayie maksudkan tu ialah Writer's Block. Benda ni memanmg musuh utama penulis, dan yang lebih bahayanya ia sering dijadikan alasan untuk tidak menulis.... Maksudnya ia mungkin betul-betul wujud dengan bersebab untuk menghalang, dan keduanya ia hanya dijadikan alasan bila malas nak tulis. Ia menjadi satu 'senjata' ampuh untuk mempertahankan kekurangan-kekurangan diri dalam penyelidikan, imaginasi, fokus dan keyakinan - konfiden.

Tapi betul ka ada Writer's Block ni? Saya lebih suka menamakannya sebagai 'empangan', dalam bahasa Melayunya. Jadi saya tak akan gunakan istilah oghang putih, saya guna istilah Melayu.

Empangan memang berlaku dan ia pasti mengecewakan sang penulis. Kita bangun pagi, mandi, solat dan sarapan, atau terus saja menghadap komputer. Terkebil-kebil menghadap skrin, tapi tak ada benda yang nak keluar, kita perah, tapi masih blank. Lalu kita bangun, merayau dalam rumah, ke dapur, tengok TV kononnya cari idea. Selepas penat, kita masih tak dapat juga idea, lalu kita kata "celaka, writer's block."

Betul ke kerana ada empangan dalam kepala kita? Jawapannya ialah mengarut, tak ada empangan, kebenarannya ialah kita tak mau nak menulis. Saya amat bersetuju dengan Sultan Mahmud yang kata, El Mariaci kata, "nak tulis skrip, tulis saja".

Kenapa mengarut? Kerana kalau kita betul-betul nak menulis, kita akan berupaya mengatasi masalah ini. Maknanya, kita yang mencipta empangan ini. Ia bukan satu penyakit khusus untuk penulis. Sebenarnya empangan atau writer's block ni adalah 'malas'. Memetik kata-kata Sasterawan Negara A. Samad Said, "musuh paling utama seorang penulis ialah MALAS." Jadi malas itulah empangan.

Bagaimana nak atasinya? Langkah pertama ialah kenalpasti apa yang menyebabkan empangan atau malas itu. Buat yang ini dulu. Pasti ada macam-macam sebab kenapa malas ni wujud.

Ambil contoh, kita menulis cerita atau scene berlatarkan Langkawi, sedangkan kita tak pernah ke sana. Pasti empangan akan wujud kerana kita tak tahu apa yang nak kita tulis, nak kita bayangkan. Memang kita akan blank! Wajib kita tak akan dapat keluarkan apa-apa pun, sebab kita tak tau kat mana nak mulakannya. Jadi nak buat macam mana? Buat research la, apa lagi. Carilah apa saja maklumat yang boleh tentang Langkawi. Search kat internet, tanya orang, baca buku-majalah atau apa saja, asalkan kita dapat maklumat. Lepas tu, Insyaallah blank akan digantikan dengan yang cerah bercahaya.

Satu lagi, ada penulis yang tiba-tiba saja jerit "Aku Stuck!". Apa sebab terlekat(?) - stuck? Ia akan bertandang bila kita kurang imaginasi. Kita perlukan satu 'jump start' untuk menggalakkan imaginasi kita mengalir lancar.

Macam mana nak buat? Jawapannya: IQRA - Bacalah! Apa yang nak dibaca? Baca tulisan yang ditulis oleh penulis yang pernah menjadi inspirasi kepada kita, baca karya kawan yang kita rasakan bagus. Jika masih lagi 'terlekat', bawak-bawaklah bersembang. Ikut sertalah dalam mana-mana kumpulan penulis yang sewaktu dengan kita. Masuk ke blog-blog penulisan dan sertailah bengkel atau apa-apa aktiviti berkaitan penulisan. Dalam pada tu, tulis, jangan berhenti menulis! Keluarkan saja apa yang terlintas, baik yang kita suka atau tak suka, elok ka tak elok. Tulis saja. Kita kan penulis, jadi tulis saja la.

Rahsianya yang utama kalau kita 'terlekat' pada satu situasi yang tak boleh kita pecahkan, cuba tanya, "apa kata kalau...". Letakkan watak kita dalam situasi yang lain daripada yang kita fikirkan. Ubah. Jangan terlalu rigid dengan idea asal. Fahamlah bahawa bila anda 'terlekat' maknanya sudah tiba masa anda kena cari jalan lain, jalan keluar. Ibarat kalau dah sesat, cari jalan lain, lihat apa-apa saja panduan-panduan yang ada di sekeliling. Paling mudah, kalau sesat jalan, tanyalah orang.

Masalah empangan yang paling besar ialah KURANG FOKUS, lemah daya tumpuan. Ini memang akan mengheret anda ke lembah yang dalam, yang payah nak naik semula kalau dah terheret ke sana. Untuk kekal fokus, kita wajib tahu dari mana kita nak bermula, arah mana kita nak hala, tempat mana kita nak tuju. Kekalkan trek kita, tapi kalau tersasar sikit-sikit tak apa, asalkan ia masih akan menuju ke tempat yang nak kita pergi. Yang penting kita ada peta - kerangka umum tentang apa yang kita nak tulis. Pastikan kita kekal pada matlamat kita. Apa-apapun jangan lari dari matlamat, kalau tersasar, habislah kita, pasti terheret ke lembah.

Macam mana nak tahu matlamat tersasar ke tidak, dan macam mana nak buat supaya kita tetap kekal?

Saya berikan contah saya sajalah, senang sikit. Saya telah diberikan tugasan menyiapkan satu cerita komedi-aksi. Langkah mula saya buat ialah saya tulis matlamat saya atas sekeping post-it note
"Sebuah Cerita Action Comedy!" dan tampal kat tempat yang senang saya nampak. Ia akan mengingatkan matlamat atau goal saya menulis. Cubalah, mungkin ia sesuai untuk anda.

Yang akhir, satu sebab berlaku empangan ialah kurang keyakinan - konfiden. Ini selalu berlaku kepada orang baru. Tak yakin format betul ka tidak, tak yakin scene menarik ke tidak, tak yakin dialog umph! ke tidak. macam-macam lagilah hingga langsung tak menulis.

So, macam mana nak atasi? Tulis saja apa yang terpacul, bukan masanya untuk menilai tulisan anda pada draf pertama. Umpama cari pasangan hidup, pertama jangan fikir kita ni kacak ke tidak, lawa ke tidak, approach saja, mengorat saja atau masuk meminang saja, tapi kena la jaga penampilan. Lepas dah tulis draf pertama, baca balik, kenalpasti kekurangan. Kemudian mulakan tulis draf kedua, dan draf-draf seterusnya sampai draf akhir. Paling penting, khususnya untuk orang baru, gabunglah bersama-sama kumpulan atau individu yang sama waktu dengan anda. Anda akan dapat ramai kawan kalau rajin merayap kat internet ni.

Okay, habis! Lain kali kalau tiba-tiba anda rasa nak kata "aku kena writer's block la", cepat-cepat ingat bahawa ia tak wujud sebenarnya, ia bukan penyakit wajib kepada penulis.

Tulis saja, ia mungkin bukan yang terbaik pada masa itu, tapi paling kurang anda dah berjaya deny 'benda mengarut' tu daripada wujud dalam hidup anda. Percayalah, tak akan ada apa-apa lagi yang dapat menghalang anda, selepas anda berjaya kenalpasti dan mengatasi puncanya.

takat ni la dulu.

Wassalam, Adiosa!

Jamil Mutalib
htttp://skarpskrip.blogspot.com

Friday, December 11, 2009

Seni Menulis Skrip Itu Seni 'Membohong'!

Salam Sejahtera,
Jumpa lagi, sembang lagi.... tajuk di atas bukan untuk memancing, tapi itulah hakikatnya. Menulis skrip satu kerja seni. Itu jugak kenyataannya. Cuma menjadi penulis skrip, kita harus ada kemahiran membohong. Kalau kita gagal menjadikan diri kita 'membohong', baik lupakan saja untuk menjadi penulis skrip. Ops! jangan melatah dulu, baca lagi...

Kenapa Membohong? Kenapa ya... kerana menulis skrip memang kerja membohong. Itulah jawapannya. masih tak puas hati? Orait... Membohong kerana benda yang tiada kita ada-adakan. Kita reka benda yang tidak nyata supaya jadi nyata. Itu kan membohong namanya?

Kenapa pula perlu seni membohong? Masih tak nampak, tak apa, kita teruskan... Ia menjadi kerja seni, iaitu seni membohong, kerana kita perlu membohong ke peringkat paling halus, ke tahap supaya apa yang kita bohongi itu dipercayai... diyakini kewujudannya. Maknanya, benda tiada yang kita adakan itu, harusnya tidak boleh dipertikaikan lagi nyatanya. Memang betul-betul diyakini wujudnya. Jadi untuk itu, hanya mereka yang memiliki bakat seni maha bagus saja yang mampu membuatkan orang percaya benda yang tidak ada itu ada, babak yang tidak wujud itu wujud.

Masih mahu menjadi penulis skrip? Kalau begitu, kuasailah kemahiran membohong. Kaji, teliti, belajar cara-cara nak membohong. Cuma jangan anda jadi pembohong sudahlah, kerana tidak ada siapa yang suka kepada pembohong!

takat ni la dulu.

Wassalam, Adiosa!

Jamil Mutalib
http://skrapskrip.blogspot.com


Thursday, December 10, 2009

Salam sejahtera,
Jumpa lagi, sembang lagi.... Mula tu ingat nak teruskan dengan tip-tip atau panduan penulisan skrip, tapi satu email yang saya terima dari seseorang, yang saya hormati ketelusannya, membuatkan saya tersentak. Setelah berfikir, merenung, bermakrifat, saya rasa molek juga kalau saya turunkan email ini untuk tatapan rakan-rakan. Begini emailnya,

Sdr Emjayakula,
Mengapa sdr menamakan blog tersebut sbg 'Skrapskrip' ? Mengapa ada 'skrap' ?
Sdr mempersendakan bidang penulisan skrip dengan melabelkannya sebagai 'skrap' kan?
Be serious !! Buanglkan nama 'skrap' itu !

Jantung saya terhenti sedetik. Kiranya dari caragayanya, pengirim tentulah marah benar kepada saya kerana sepertimana yang terjelas dalam emailnya. Saya fikir dan renung, lama juga. Barulah kemudian terfikir saya, "mungkin bukan dia seorang sahaja yang berfikir seperti ini", jadi akhirnya saya rasa, saya kena jelaskan 'kenapa skrap'? Beginilah jawapan saya kepadanya,

Salam Sdr Yul,
Maaf jika saudara tidak dapat menangkap maksud skrap itu. Saudara pernah dengar "Buku Skrap" atau Scrap-book? Saudara carilah makna buku skrap tu. Skrap bermakna cebisan bahan-bahan yang hendak dibuang, tapi ada nilai di dalamnya. Apa maksud saudara mengatakan saya hendak mempersendakan dunia penulisan skrip dengan melabelkannya sebagai skrap? Tolong jelaskan. Saya sangat tak puas hati atas tuduhan saudara tu, sebab saya tak faham apa maksud saudara! Maafkan saya.

Harus diingat bahawa dari cebisan-cebisan inilah kita bermula untuk membangunkan sebuah skrip... kita tidak bermula terus dari sebuah skrip... kita bermula dari perca-perca atau skrap idea yang tercebis-cebis, kita susun, kita jalin, kita pupuk, kita gilap. Kita bina dari yang kecil, kita kumpul yang kecil-kecil, kemudian kita jadikan ia lembaran yang makin besar, makin teguh, makin bernilai.

Apa-apa pun, saya ikhlas ucapkan terima kasih atas respon saudara terhadap blog Sang Penulis, Skrap & Skrip ini..


Untuk kepada rakan-rakan yang tidak mengerti 'kenapa skrap?', itulah jawapannya.


Takat ni la dulu.

Wassalam... Adiosa!

jamil mutalib
http://skrapskrip.blogspot.com

Wednesday, December 9, 2009

Jom Tulis Skrip

Salam Sejahtera,
Jumpa lagi, bersembang lagi. Kali ni kita sembang pasal jom tulis skrip.

Penulisan skrip adalah satu kerja seni, dan mencipta satu hasil seni bukanlah satu yang mudah. Dan sememangnya tidak ada yang mudah di muka bumi ini, kecuali kita tahu dan mahir tentang sesuatu itu. Setiap kali kita menonton drama TV, filem, yang hebat-hebat, ingatlah bahawa di sebaliknya ada seorang pengkarya yang gigih, seorang penulis skrip.

Dengan munculnya pelbagai medium perhubungan, dengan adanya banyak channel serta juga internet, maka penulisan skrip sekarang ni dah jadi satu kerjaya yang amat bagus untuk diterjuni. Sebuah telemovie boleh dibayar antara RM4,000 - RM6,000. Drama bersiri antara RM800 - RM1,500. Skrip Filem boleh mencecah hingga RM25,000. Bukankah itu satu yang lumayan. Dan pasti angka tu tak terhenti di situ sahaja!

Memang penulisan skrip bukan mudah, bukan senang, tapi ia akan jadi semudah memetik 'kacang' kalau kita tahu rahsianya. Akan jadi senang kalau kita mampu, berjaya menulis mengikut kaedah yang betul. Tapi macam mana nak tahu rahsianya? 'Lagu' mana nak ikut kaedah yang betul?

Jangan dok risau. Untuk itu, blog Sang Penulis, Skrap & Skrip ni dah rancang untuk dedahkan rahsia dan kaedah yang betul tu. Cadangannya ialah untuk memberikan panduan dan informasi dalam kerangka macam mana nak start menukil skrip, format yang proper, membangunkan watak, macam mana nak jual skrip dan banyak lagilah. Jadi, kalau ada kelapangan datang la jenguk kat sini.

Anda mungkin dah ada idea, cuma anda perlukan bantuan untuk realisasikannya saja. Yang penting, skrip anda terhasil, lagi bagus terjual. Kiranya tu, boleh la anggap ini sebagai sebagai asas penulisan skrip.

Apa yang akan didedahkan, kita akan sentuh tentang elemen-elemen penulisan skrip, bagaimana nak kembangkan idea, macam mana nak strukturkan skrip, format ikut piawaian industri, memperinci watak dan paling penting macam mana nak jual.

Kalau ada kesempatan, sebagai kejutan, kita akan cuba buat interview dengan penulis-penulis yang dah ada 'nama', cari dan bagi e-book pasal penulisan skrip, buat perjumpaan atau bengkel. Yang penting sentiasa 'stay tuned!".

Saya percaya semua orang ada cerita untuk diceritakan. Jadi inilah masanya jadikan ia sebuah SKRIP, tak kira la untuk TV atau Panggung!

Takat ni la dulu.


Adios, Wassalam!

jamil mutalib

http://skrapskrip.blogspot.com

Friday, December 4, 2009

Rahsia Skrip: Gambarkan, Bukan Ceritakan.....

Salam Sejahtera,
Jumpa lagi dan bersembang lagi. Ramai orang yang mahu menulis skrip kerana semua orang ada idea dan cerita. Tapi bukan semua orang tahu rahsia menulis skrip. Sebenarnya banyak rahsia menulis skrip ni. Salah satu rahsianya yang paling besar ialah sang penulis harus tahu rahsia 'wajah skrip'.

Apa tu 'wajah skrip'? Wajah skrip tu macam wajah kita la juga. Macam mana kita lihat muka kita, macam tu la jugak kita tengok muka skrip. Ia ada karakternya. So, macam mana 'wajah skrip ni? cerita la, dok wajah-wajah, tapi tak cerita-cerita jugak.

Okay, okay... ni aku nak cerita.

Wajah skrip ni sebenarnya macam mana kita tulis idea kita. Sesebuah skrip perlu menggambarkan, dan bukannya memberitahukan. Inilah rahsia yang harus diamalkan, jika ndak jadi penulis skrip yang berjaya,kalau nak berjaya sebagai penulis skrip. Ini bukan soal format, tapi caragaya.

Hah? caragaya tu apa pulak? Caragaya tu lebih kurang stail la kot. Jangan la banyak nak nyampuk, dengar aku cerita sampai habis dulu.

Orait, sebagai penulis skrip, matlamat kita ialah nak ceritakan apa yang ada dalam batu jemala kita. Skrip adalah satu rentetan gambar-gambar, bukan helaian-helaian buku, tapi ia tetap harus dibaca sebagaimana membaca sebuah buku. Jadi menjadi tanggungjawab penulis untuk menulis gambar-gambar itu dalam susunan ayat-ayatnya. Skrip tak boleh bagi orang yang membacanya sekadar membaca baris-baris ayat, tetapi mereka dapat 'melihat' apa yang kita tulis, apa yang mereka baca. Paham tak? Maksudnya kita kenalah tulis supaya orang yang baca skrip kita tu rasa macam tengok wayang, bukan macam tengok slide show saja.

Jadi macam mana nak buat?

Nak buat lagu mana? Caranya macam mana nak buat ialah dengan 'menunjukkan, bukan memberitahu'. Okay apa maksudnya? 'Memberitahu' lazimnya merujuk kepada penjelasan tentang apa yang telah berlaku supaya orang yang membaca dapat membayangkan apa yang dah berlaku tu. 'Menunjukkan' pula ialah orang membaca berada dalam situasi 'melihat' apa yang sedang berlaku. Maknanya memberitahu adalah PAST, menunjukkan ialah PRESENT. Jadi skrip wajib present dan bukannya past.

Kuncinya, bila baca skrip kita akan nampak, bukannya kita terpaksa membayangkan.

Satu lagi maksud 'menunjuk bukan memberitahu' ialah jika watak menyatakan perasaannya, misalnya 'aku sayang padamu', penuli
s skrip lebih molek kalau dapat menunjukkan aksi watak meluahkan perasaannya itu, berbanding menuturkan dialognya.

Cuba lihat aksi ini,

Hamidi mencium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Kemudian diberikannya sekuntum ros merah kepada isterinya itu.

tentulah adalah lebih elok, lebih molek daripada watak melafazkan dialog kepada isterinya,

HAMIDI
Aku sangat sayang padamu, Limah.

Bukankah sekeping gambar itu menceritakan 1,000 kata-kata, dan serentetan gambar (moving picture) tentulah lebih hebat daripada kata-kata dan maknanya.

Okay, takat ni dulu.

Adios, selamat menulis,

http://skrapskrip.blogspot.com

Tuesday, December 1, 2009

Menulis Skrip Mengikut Format Piawaian Industri?

Salam Sejahtera,

Jumpa lagi. Kali ni aku nak kisahkan tentang format menulis skrip ikut piawaian industri.

Apakah format yang betul? Betulkah ada format yang betul? Salah satu alasan blog ini wujud adalah untuk mengajak sang penulis 'to creating scripts in the "right" format. Tapi jangan keliru, kerana tidak ada 'the correct format', tapi harus diingat pula bahawa kita semua haruslah menulis dengan 'a proper format'.

Tapi apa maksudnya 'a proper format' ni? Secara mudahnya, dalam menghasilkan sebuah skrip sebenarnya tidak wujud satu format yang khusus, noktah, tak ada macam tu. Yang ada hanyalah kaedah menyusunnya sahaja, iaitu mengikut yang proper. Ada pihak yang kata sesebuah skrip filem margin tepinya haruslah 1.5'. Orang lain pula kata haruslah 1.7'. Kedua-duanya benar, kerana takkan ada orang yang membaca skrip kita, akan mengambil pembaris dan mengukur margin tepinya, dan kemudian berkata, "Sorry, we can't accept ur script because the margin is 1.4'. We want 1.5' margin".

So, jangan risau pasal ini. Tapi kenalah waspada, kalau margin skrip kita 1', memang la kita tak ikut 'proper format', kerana margin semacam tu memang tak betul. Ia tak betul kerana ia dah terkeluar daripada ukuran yang piawai industri persetujui. Kalau kita buat juga, maka keseluruhan skrip kita akan jadi lintang-pukang , terutamanya jumlah halaman. Jadi jangan cuba nak 'curi ayam' dengan mengubah margin skrip supaya skrip kita nampak panjang atau pendek muka suratnya, sedangkan ia sebenarnya tak cukup panjang atau dah terlalu panjang.


Kenapa ada kelonggaran? Dan tidak ada ke ketetapan tertentu dalam formating? Sebab ada kelonggaran kerana menulis skrip bukan Al-Quran. Sebenarnya ada pihak yang mewajibkan penulis skrip mengikut format tertentu jika kita ndak hantar skrip kepada mereka. Biasanya ia berlaku dalam sesuatu projek khusus, terutamanya yang dibuat oleh stesen tivi. Tapi jangan risau, kita akan sentuh bab ini kemudian.

Seperti dalam dialog dalam salah sebuah filem P.Ramlee, "undang-undang kita yang buat", maka piawai ini juga tetap boleh dilanggar bila perlu. Ia bukanlah sebagaimana hukum yang termaktub dalam Al-Quran. Tapi percayalah, jika kita menulis mengikut format yang 'proper', kita tak akan pening kepala. TAPI jika kita ada alasan yang maha kuat untuk tidak mengikut piawai industri, jika dengan tidak mengikut proper format menjadikan cerita kita maha bagus... hentam saja la. NAMUN jangan la pulak sengaja tak mau ikut proper format semata-mata kerana nak bagi tau dunia yang cerita kita maha unik, jadi kenalah guna format yang unik jugak. Ingatlah, cerita-cerita hebat yang pernah diterbitkan selama ini, yang pernah mendapat sambutan 'pecah panggung' di pawagam, semuanya ditulis menggunakan proper format, bukannya mengikut cita rasa penulis skripnya sendiri.

Satu lagi yang kena INGAT, sebuah produksi, baik filem atau drama TV, bukanlah kerja penulis skrip seorang saja, kerana skrip kita akan digunakan oleh ramai orang dari pelbagai jabatan, yang tentunya lebih faham, akur dan bekerja mengikut piawaian industri. So, jangan bagi depa pening kepala.

Takat ni la dulu.


Adios, Wassalam.
My BLOG: Sang Penulis, Skrap & Skrip