Bengkel Intensif Penulisan Skrip TV Yang Boleh Dijual

Tuesday, June 1, 2010

PELUANG BERKARYA MENERUSI EUROFINE

Salam Sejahtera,
Berjumpa lagi, berkongsi lagi...

Saya ingin berkongsi berita baik bersama-sama rakan-rakan penulis yang bergabung menerusi GABUNGAN BEBAS PENULIS SKRIP MALAYSIA bahawa Eurofine, sebuah syarikat penerbitan bersedia menerima proposal untuk dikemukakan kepada pihak RTM. Ini bukan bermakna setiap proposal secara otomatis akan diterima, tetapi ia akan diperhaluskan dan dikemukakan kepada pihak RTM. Jika pihak RTM berkenan dengan proposal tersebut, maka teruslah usaha seterusnya.

Kaedah yang akan digunakan pakai, selain daripada berkarya bersifat individu, adalah pengkaryaan berasaskan kumpulan atau pool. Ini bermakna beberapa orang penulis akan membentuk satu pool dan mereka akan membincangkan proposal yang akan dikemukan berdasarkan keperluan pihak syarikat dan stesen.

Dengan cara ini, penulis tidak akan menulis sesuatu yang bersifat 'syok sendiri' tapi lebih kepada apa yang seharusnya ditulis. Secara tidak langsung, penulis-penulis ini menjadi 'panel' penulis kepada syarikat. Apabila ini berlaku, kita akan mempunyai 'kerja yang pasti' akan dapat dijual.

Kaedah pool ini juga akan memudahkan kita belajar sesama ahli kumpulan, memanfaatkan kelebihan masing-masing, khususnya antara orang lama dan orang baru. Insyaallah akan lahirkan karya yang berkualiti kelak.

Saya akan menemui pihak Euforine untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membincangkan bagaimana perhubungan ini akan dilakukan.

Okay, takat inilah dulu...

Waassalam... Adiossa!!

Jamil Mutalib
http://bengkelsenilayar.webs.com

3 comments:

  1. assalamualaikum,
    bagaimana saya boleh hantar skrip yang bersifat individu untuk di proposalkan kepada pihat RTM?
    bolehkah mellaui e-meil?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Aina Nabila,
    RTM kini mengamalkan kaedah pitching untuk menilai apa-apa proposal. Biasanya bulan september adalah bulan pitching. Walau bagaimana pun, Aina Nabila boleh menghantar sinopsis kepada saya menerusi email emjayakula@gmail.com. Kami akan merujukkan cerita yang sesuai kepada rumah produksi yang mempunyai hubungan dengan Gabungan Bebas Penulis Skrip Malaysia.

    Terima kasih.

    ReplyDelete