Bengkel Intensif Penulisan Skrip TV Yang Boleh Dijual

Sunday, June 6, 2010

JANGAN SAYANG SANGAT!

Salam Sejahtera
Jumpa lagi, berkongsi lagi...

Saya tujukan ini khas untuk mereka yang baru hendak menulis, baik yang telah berjaya menghasilkan draf pertama anda, atau yang sedang merangka penulisan anda.

Biasalah. Kali pertama menghasilkan karya, kita menjadi amat teruja. Menjadi begitu seronok dan gembira. Apa saja yang muncul di kepala mahu saja kita curahkan ke skrin komputer. Sehingga kekadang ada yang menjadi bertele-tele, berjela-jela. Dan penghujungnya kita akan dapati, idea kita itu bukan lagi utnutk sebuah telemovie yang berdurasi 90 minit, tapi sudah menjangkau ratusan minit.

Biasalah. Ini memang amat sering berlaku kepada penulis yang mahu melakarkan pengalaman personal, kisah benar peribadi. Ada saja idea dan scene-scene yang hendak dimasukkan sehingga kita 'tersesat' menuju ke matlamat. Kita gagal menentukan apa yang sepatutnya kita masukkan, dan apa yang seharusnya ditinggalkan.

Biasalah. Bila ini berlaku, lalu tika tersedar barulah kita tahu yang kita telah jauh melencong. Dan kita mula tenggelam punca. Kenapa tenggelam punca?

Kita tenggelam punca kerana kita tidak tahu mana yang hendak digunakan, mana yang hendak dibuang. Kita akan merasakan bahawa semuanya harus koita masukkan ke dalam cerita kita. Dan penghujungnya cerita kita tidak lagi berfokus. Jadi apa yang harus dilakukan?

Apa nak buat ya? Kalau ini berlaku, kalau kita tersesat. Cubalah kembali ke poangkal jalan. Pulang semula ke permulaan kita. Kenali dan ingati semula apakah cerita yang ingin kita khabarkan kepada penonton. Kenali dan ingati semula apa yang paling menarik dan mengujakan dalam cerita kita.

Buanglah mana-mana scene atau plot yang menyimpang daripada cerita utama. Cabang-cabang atau simpang-simpang yang tidak membawa kepada jalan utama harus diketepikan. JANGAN SAYANG, BUANG SAJA.

Jangan ironis... simpan yang dibuang itu. barangkali lain kali kita akan menggunakannya dan kita memerlukannya.

Takat inilah dulu...

Wassalam. Adiosaaa!!!!



No comments:

Post a Comment