Salam,
Apa khabar hang yang tengah dok baca blog ni? Aku rasa hang tentu baik-baik saja, kan? Aku tak tau hang datang dari mana, tapi aku ucap terima kasih atas sudinya hang jenguk blog aku ni, dan juga sanggup baca apa yang aku nak "merapu" ni, ;-). Maaf kerana 'berhang aku' dalam blog ni. Aku rasa lebih dekat 'berhang aku' saja. Sekali lagi ampun maaf.
Aku dengar hang nak jadi penulis skrip, betul ka? Kalau betul bagus la. Kalau betul-betul hang nak jadi penulis skrip yang berjaya aku harap hang kerap-kerap la menjenguk kat sini. Bukannya apa, sebab aku akan cuba 'post' hal-hal berkenaan dunia penulisan skrip untuk aku, hang dan kawan-kawan kita yang lain sama-sama belajar.
Hang tentu tertanya, apa sebab aku wujudkan blog ni? Betul tak? Tak? Kalau tak tanya pun tak apa la sebab aku memang nak bagi tau, yang aku buat blog ni untuk berkongsi tentang dunia penulisan skrip dengan sapa-sapa saja yang berminat. Kalau hang rasa blog aku ni mengarut dan bosan, aku minta maaf.
Aku sapa? Aku seorang penulis skrip. Aku cari makan dengan menulis skrip. Aku sara hidup dengan menulis skrip. Terus terang aku kata, aku dikira antara yang agak bertuah kerana hasil karya aku sering la jugak diminta oleh penerbit. Aku jugak ada buat pengarahan sikit-sikit. Tapi kat blog ni aku tak akan tulis pasal pengarahan, kerana ini blog untuk penulis skrip.
Untuk permulaan ni, aku kira cukup la dulu setakat ni, nanti kita sambung lagi.
Salam buat hang yang masih lagi membaca dan aku doakan moga hang akan jadi penulis skrip yang hebat.
Adios, wassalam!
Teruskan... sy suka baca blog inj
ReplyDelete