Tuesday, October 29, 2013
Lupakanlah Hasrat Menjadi Penulis Skrip Jika....
Salam Sejahtera
Jumpa lagi, berkongsi lagi...
Kepada otai-otai, jangan marah kalau saya kata, nak jadi penulis profesional sebenarnya kita tidak perlukan skill (kemahiran) atau bakat. Apa yang kita perlukan hanyalah kesungguhan dan kedambaan untuk menulis dan bercerita.
Saya menjadi penulis sepenuh masa sejak tahun 1997, ketika ekonomi merudum. Pilihan yang sangat salah waktunya, tapi apakan daya kerana pada masa itu peluang pekerjaan sangat sempit. Pada masa itu stesen TV juga tidak membeli prodsuk-produk baru. Mereka re-run bahan lama. Namun sejak dulu sehingga kini saya masih menulis dan InshaaAllah akan terus menulis. Saya akan terus bekerja sebagai penulis.
Jika frasa 'kerja' itu menakutkan anda, maka jawapannya anda telah gagal melepasi ujian pertama. Kerana penulis harus menulis, iatu harus bekerja kerana menulis itulah kerja penulis. Bagi melayakkan diri mencapai kejayaan sebagai penulis profesional pertamanya ialah kita perlu cinta menulis, dan memang pun wajib cintakan menulis sebab itulah yang akan jadi sumber pendapatan kita. Kalau anda tak cinta menulis makanya pasti tak akan menunggu lama untuk kecundang bila berhadapan halangan pertama. Lalu anda akan jemu dan give up.
Pesanan pertama, sesuai juga menjadi pesanan untuk apa-apa saja yang kita buat dalam dunia ini, janganlah buat sesuatu kerana reward. Buatlah kerana anda memang kita mahu membuatnya. Maksudnya apa?
Kita ambil contoh dunia lakonan. Ramai yang mahu menjadi pelakon kerana glamor dan popular menjadi seorang pelakon. Fokus mereka pada gemerlapan, tanpa memberikan fokus pada membuktikan keupayaan diri. Mereka tak pernah masuk kelas lakonan, tak pernah baca buku tentang lakonan dan tidak pernah ambil inisiatif untuk belajar menerusi filem-filem yang berlambak ditayangkan setiap hari.
Perkara ini juga berlaku kepada bakal-bakal penulis skrip yang hanya melihat kerjaya ini daripada sudut bayaran skrip yang mencecah 4 atau 5 angka yang bakal diperolehi, hanya dengan menjual sebuah lakonlayar. Orag seperti ini hanya memikirkan mahu masuk ke bidang ini untuk buat duit. Ingin diingatkan kalau anda masuk ke bidang ini semata-mata kerana duit, kalaupun anda berjaya menjual satu, dua skrip pada peringkat awal, namun anda akan tak akan berjaya dalam jangka panjangnya. Wajib anda akan cabut bila sampaisatu peringkat yang menguji ketahanan anda.
Jadi, sebelum memutuskan untuk menjadi penulis skrip profesional, tanyalah diri anda dulu kenapa anda nak masuk bidang ini.
Kalaulah kerana mahukan glamor, popular dan mengejar wang ringgit semata-mata, nasihat saya carilah benda lain sebelum anda membuang masa di sini. Tapi kalau perasaan anda meronta-ronta mahu masuk ke dunia ini kerana mahu bercerita kisah-kisah yang berlegar dalam kepala anda, peluang untuk anda berjaya adalah cerah.
kenapa saya kata begitu? Senang saja, kalau semata-mata mahu mencari wang, maka anda akan hilang fokus bila sampai satu tahap, kerana anda akan mencari-cari peluang lain pula yang boleh memberikan wang kepada anda. Tapi jika anda memang cintakan cerita dan dambakan bercerita, maka peluang untuk berjaya adalah cerah.
Takat inilah dulu...
Wassalam. Adiosaaa!!!!
Monday, October 28, 2013
Buat Membuka Minda Sang Penulis...
Salam Sejahtera
Jumpa lagi, berkongsi lagi...
Menerokai dunia penulisan menuntut keterbukaan minda. Keghairahan untuk menempatkan diri dalam industri ini seharusnya selari denagn keghairahan menimba ilmu. Tinggi manapun, gah bagaimanapun kita perlu sentiasa bersedia membaiki diri. Harus sedia menerima pandangan sesiapa saja. Kemudian bijaklah mengunyah dan menghadamkannya.
Kali ini ingin dikongsi ialah tulisan Robert J. Elisberg, seorang penulis skrin dan kolumnis. Tulisan ini telah aku sunting serba sedikit.
You Want to Write a Screenplay, Do You?
One of the problem in screenwriting industry is that people who have no idea how to write, go and pay for a two-day seminar and suddenly think they have now learned how to be a screenwriter.
Not only have they likely wasted a great deal of money (which is their god-given right), but they'll go home, turn out heartfelt sludge and clog the already-clogged screenplay pipeline.
So, what is an aspiring writer to do? So many choices, oh-so little time.
Read and seek out mentors. But most of all, write. And write some more. And keep writing. Because the best way to learn about writing is by doing it.
You want to go to a seminar and spend a lot of cash money? Fine. Just do it with your eyes wide open, recognizing that what you are getting is the most cursory overview and merest of guidelines, not rules. And know that it won't turn you into a writer. What it may do is provide you with a lit candle to help lead you through a pitch-dark, raging storm.
And with all that said, here finally is the very best writing advice I was ever given about writing. Ready?
Finish it!
That's the best advice. You can only have a story when you've finished it. Then, you can go back and make it better. But nothing happens until it's completed.
If at some point you realize the story is no good or just isn't worked, by all means listen to your good sense and stop. But when you're working on a story that's moving forward, don't keep tweaking, going back, rewriting, fixing, changing things, making revisions. That's why God created second drafts. But nothing happens until that first draft is completed.
So write. And for god's sake, finish.
Takat inilah dulu...
Wassalam. Adiosaaa!!!!
Saturday, October 26, 2013
Jom Cerita Tentang Cerita...
Salam Sejahtera
Jumpa lagi, berkongsi lagi...
Hidup kita penuh dengan cerita. Sejak lahir hingga hari ini, bermacam cerita yang pernah kita dengar, kita tempuhi. Malah tentu juga ada yang kita rekai. Tidak ada orang yang tidak ada cerita. Dan setiap cerita tetap sama. Cerita ada permulaan, ada pertengahan dan ada pengakhiran, sama ada akhirannya tamat atau tergantung itu soal lain.
Cerita itu umpama gula. Semua orang sukakan gula walaupun ia dikethui boleh membawa mudarat jika berlebih-lebihan. Salah satu cirinya ialah mampu menarik minat untuk dikerumuni. Kerana daya tarikannya begitu kuat, maka gula ada peribahasanya sendiri, 'mati gula kerana semut'. Gula ada berwarna putih, ada berwarna coklat, ada berwarna hitam. Begitulah juga cerita. Cerita juga ada yang putih, yang coklat dan yang hitam. Natijahnya, cerita yang baik umpama gula yang baik (jika tidak berlebih-lebihan).
Cerita haruslah mampu menarik minat pendengar untuk terus mendengar. Perlu memberikan keasyikan. Seperti gula, cerita juga harus ada rasa. Manis. Cerita harus melahirkan rasa manis setelah dinikmati. Jangan disalahtafsir tentang rasa manis ini.
Biarpun cerita itu adalah cerita sedih, ia haruslah mampu melahirkan rasa "manis" setelah penonton selesai menontonnya. Rasa "manis" ini adalah terjemahan kepada kepuasan menontonnya. Biarpun sepanjang 100 minit menonton dia menangis, tapi tangisan itulah rasa manisnya. Maksudnya penonton tidak membenci cerita, mereka suka kepada cerita itu, sebab semua orang gemarkan yang manis.
Bagaimana mahu melahirkan rasa manis itu?
Bercerita adalah satu seni. Bukan semua orang mampu menjadi tok dalang untuk menyampaikan cerita. Tok Dalang itu sendiri juga harus belajar bercerita. Semua yang mahu menjadi pencerita yang bagus haruslah mencari ilmu bercerita.
Hujungnya apa... hujungnya ialah mencari ilmu. Carilah ilmu bercerita. Kenalilah apa itu cerita, kerana apabila kenal maka akan datangnya cinta. Apabila datangnya cinta, maka akan mudahlah segala-galanya.
Takat inilah dulu...
Wassalam. Adiosaaa!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)